
Dato Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran telah meninggal dunia semalam akibat serangan sakit jantung ketika sedang bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB) pada jam 6.30 petang. Beliau pergi untuk selamanya, tetapi nasihatnya ketika berjumpa dengan kita semua akan disimpan untuk selamanya. Biarpun kita hanya berjumpa sejam sahaja bersama dengan beliau, kenangan itu akan bermakna buat kita semua. Alfatihah.